Sunday, July 24, 2011

Pengenalan Aloe Vera

Apa itu Aloe Vera



Aloe Vera (biasanya disebut sebagai A'low Veer'a) juga digelar 'Tumbuhan Ubatan', 'Tumbuhan Rawatan Kecemasan', atau 'Tumbuhan Ajaib'. Nama saitifiknya 'Aloe Barbadensis'. Aloe Vera dianggap sebagai khasiat rawatan perubatan yang terbaik sekali.

Kajian saintifik membuktikan keluarga Aloe Vera mengandungi lebih dua ratus jenis yang tumbuh di kawasan kering di Afrika, Asia, Eropah dan Amerika. Rupabentuk Aloe Vera ini menyerupai tumbuhan kaktus tetapi ia lebih kepada kumpulan tumbuhan Bunga Bakung (Lily). Aloe Vera mempunyai ciri-ciri fizikal seperti keras, berdaun seperti muncung lembing dan tajam serta ditepinya seakan akan bergigi. Warna dedaunnya adalah dari kekelabuan hingga hijau terang dan berjalur.

Aloe Vera ini dikatakan berbunga pada awal musim bunga. Bunganya berwarna kuning atau merah berbentuk tiub dan tumbuh di atas tangkai tang tidak berdaun. Ia juga dikatakan satu daripada tumbuhan ajaib semulajadi dunia dengan lebih dari satu juta spesies tidak kira banyaknya rahsia yang menunggu untuk ditemui.  

Berbanding dengan tumbuhan rawatan yang lain yang telah lama dilupakan, Aloe Vera berjaya mengekalkan tahap prestasi yang membanggakan di dalam kaedah rawatan professional sehingga ke hari ini. Aloe Vera atau lebih dikenali sebagai 'Daun Lidah Buaya' di Malaysia juga dianggap satu daripada keajaiban semulajadi. Kita dapat melihatnya dengan mematahkan sehelai daunnya. Ia akan mengeluarkan lendir yang akan memulihkan bekas yang dipatahkan tadi. Bahagian bekas yang patah itu akan pulih dengan cepat dan mampu mengekalkan rupa asalnya serta kehijauan daun berkenaan untuk lebih kurang 2 minggu sekiranya disimpan dalam peti sejuk. Pulpa yang jernih dari potongan daun yang baru pula boleh membantu kerja-kerja pemulihan luka dan melecur.


Sejarah Aloe Vera


Sudah berkurun lamanya Aloe Vera dan spesis-spesis perubatannya digunakan sepenuhnya oleh pelbagai kebudayaan kerana kehebatan dan kemujarabannya untuk rawatan melecur, memulihkan luka, melegakan sengal dan kesakitan termasuk 'Psoriasis'. Apabila digunakan dengan kerap ia dapat mengurangkan kulit berketak, gatal-gatal dan memulihkan permukaan kulit. Selain itu,terdapat pelbagai penggunaan yg lain termasuklah rawatan untuk luka, tidak dapat tidur, tidak sedap perut, sembelit, pendarahan, gatal-gatal, pening, rambut gugur, penyakit gusi, kulit merekah, lemah buah pinggang, rawatan kulit, panahan matahari, cacat kulit, dan lain-lain lagi.

No comments:

Post a Comment